Friday 29 June 2012

Repair Laptop Acer aspire 4740

Repair Laptop Acer aspire 4740 
Tuan laptop seperti yang diatas mengadu kepada kami bahawa laptop beliau mengalami masalah auto shut down tanpa ditekan button shut down pun. Dengan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan tu beliau segera datang ke kedai kami untuk mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku kepada laptop kesayangannya. Kami sangat mengenali akan model laptop ini dimana selalu keluar masuk kedai kami dan kami tahu apa punca masalah itu berlaku. Ia adalah disebabkan chipset power controller yang sudah terbakar, hangit, rentung disebabkan saluran pernafasan bagi laptop tersebut dek habuk-habuk yang terkumpul pada fan laptop.

Habuk-habuk tadi menyebabkan suhu laptop meningkat lantas menyebabkan chipset yang sangat fragile kepada haba rosak. Jadi beliau segera membuat keputusan untuk menyerahkan laptop beliau kepada kami kerana beliau yakin dengan kepakaran kami dalam menyelesaikan masalah tersebut.

jadi peringatan kami kepada pengguna-pengguna laptop agar membuat pembersihan kipas atau fan laptop sekitar 6 bulan sekali. Ini akan membuat laptop anda sentiasa berada pada suhu yang tidak menyebabkan laptop mengalami masalah yang sama dengan pengguna diatas.



Inilah heatsink tersumbat dek habuk . Gambar bukan hiasan, real punya.

Haa, inilah punca terjadinya masalah kepada laptop diatas. Habuk diantara heatsink serta kipas yang menyekat pengaliran udara atau haba daripada motherboard menyebabkan laptop mudah atau senang rosak. Jangan bazirkan duit anda disebabkan kemalasan anda untuk membersihkan heatsink dan juga kipas laptop.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair motherboard, autooff, cannot on, auto shut down, no display, skrin tak keluar gambar, caps lock berkelip-kelip

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 28 June 2012

Repair Screen & Keyboard Laptop Acer Aspire 4720

Repair Screen & Keyboard Laptop Acer Aspire 4720
Entri kali ini agak menarik kerana pengguna laptop ini telah 'terkena' di salah sebuah kedai repair laptop yang dirahsiakan namanya.

Nak tahu apa yang terjadi?
1. Ibu kepada tuan laptop ini telah menghantar ke kedai repair komputer tersebut dan dikenakan kos yang agak tinggi untuk tukar skrinnya. Mungkin kos tinggi itu adalah perkara biasa bagi sesetengah orang, tetapi beliau telah sekali lagi 'terkena' dengan ditukar skrin yang bukan BARU dan ORIGINAL.
2. Pakai tak sampai 2 bulan dah rosak. Ingatkan rosak inverter, tetapi selepas hantar kepada kami dan kami cek rupa-rupanya skrinnya dah rosak. Dah lah rosak, bagi yang 'second hand' pula tu.
3. Keyboard pun sama dah rosak satu 'button' menyebabkan kesukaran pengguna laptop ini nak buat kerja.

Perhatian kepada anda di luar sana, berhati-hatilah apabila ingin repair sesuatu berkenaan dengan laptop anda. Carilah kedai repair komputer yang boleh anda percayai. :)



artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang acer aspire 4720, repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 27 June 2012

Repair Skrin Laptop Macbook Air

Repair Skrin Laptop Macbook Air 


Macbook Air adalah salah satu gadget yang sedang popular sekarang. Ini adalah brand premium yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Ianya juga menjadi lambang status seseorang itu.

Macbook Air di atas telah dihantar oleh seorang doktor dari Kota Bharu setelah melihat hasil kerja kami di website ini. Dengan konfiden beliau telah poskan Macbook Air beliau kepada kami untuk dibaiki.

Beginilah yang terjadi pada Macbook Air tersebut. Skrin crack.

Setelah meneliti kerosakan tersebut, kami telah memulakan usaha mencari skrin bagi Macbook Air di atas.
Umum telah mengetahui, semua spare part bagi Macbook Air amat tidak munasabah.
Kami telah meminta sebut harga dari Apple sendiri, dan harganya adalah mencecah sehingga RM2000

Ya betul apa yang anda fikirkan, baik beli laptop baru

Tetapi tidak ada yang sekelasnya dengan Macbook Air ini.

Cari punya carik, last last tak jumpa,
Jalan terakhir kami terpaksa gunakan khidmat ejen dari luar negara.

Alhamdulillah, dapat juga kami import LED bagi Macbook Air di atas
murah la sikit.
Masalah pertama selesai,

Apa masalah kedua?

Ya masalah kedua adalah nak pasang pulak, bukan senang ya tuan tuan dan puan puan nak bukak LED skrin Macbook Air ini, perlukan alatan khas. Nasib baik kami ada mesin khas yang dibawa dari luar negara untuk bukak semua produk Mac, Macbook Air, Macbook Pro, iPad pun kami boleh buka sekarang

Ini adalah LED skrin Macbook Air (sangat sangat nipis kan transparent lagi)


Ini adalah hasilnya, LED skrin Macbook Air yang telah berjaya kami tukar 

Kami sangat berpuas hati untuk membantu doktor tersebut membaiki Macbook Air beliau dengan harga yang lebih murah. Macbook Air beliau sekarang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu.


artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang macbook air, macbook pro, repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution
















Jika anda ada masalah seperti di atas, boleh hubungi kami di nombor tertera di bawah :






TESTIMONI


Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)








































Tuesday 26 June 2012

Repair Screen Laptop Acer Aspire One Happy

Repair Screen Laptop Acer Aspire One Happy
Bakal agen kami yang terbaru dah datang ke sini repair/tukar skrin Netbook Acer Aspire One Happy beliau.

Nampaknya beliau dan rakan amat berminat untuk menjadi agen kami yang tegar. Apa yang istimewanya menjadi agen kami adalah beliau akan dapat special price daripada kami.

Oleh itu, sesiapa yang ingin menjadi agen kami walau di mana pun anda berada boleh terus hubungi kami sekarang di nombor ini!

019-2676761



artikel ini adalah untuk mereka yang mencari acer aspire one happy,repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah,repair led screen, led creen, ok computer solution
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 25 June 2012

Repair Screen Laptop Acer Aspire One 522

Repair Screen Laptop Acer Aspire One 522
Sebelum - Anda tahu apa sebab screen netbook ni jadi macam ni?

Selepas - Serahkan kepada yang pakar

Repair laptop screen anda dengan pakar supaya tidak menyesal di kemudian hari


artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah,repair led screen, led creen, ok computer solution, acer aspire 522 , netbook
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Sunday 24 June 2012

Repair Screen Acer Iconia Tablet A501

Repair Screen Acer Iconia Tablet A501

Acer Iconia Tab A501 adalah antara salah satu gajet terbaru dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini.

Ia menggunakan OS Android Honeycomb versi 3.0.1 yang menyebabkan penggunanya begitu teruja dengan kelajuan gajet ini.

Tetapi malangnya, setelah tidak sampai beberapa bulan ia dibeli, tuan kepada tablet android ini mungkin secara tidak sengaja menjatuhkan tablet beliau kepada satu permukaan yang keras.

Ini menyebabkan skrin tabletnya itu pecah secara membucu. (Gambar 3)

Amat sedih dan malangnya beliau telah pergi ke Acer Service Center namun, di Acer sendiri tidak dapat membantu untuk repair atau tukar skrin tablet beliau walaupun masih di dalam warranty.

Ini kerana Acer tidak mempunyai atau menyimpan stok skrin tablet beliau ini. Dalam erti kata lain Acer sendiri angkat tangan untuk tukar skrin ini.

Kemudian, beliau mencari dan terus mencari. Pergi ke LOW YAT, pergi ke plaza IMBI pun tidak boleh juga repair tablet beliau. Habis satu Malaysia beliau mencari skrin tablet ini, tetapi masih juga tidak dapat penyelesaiannya.

Dan apabila beliau mencari mungkin ada orang yang lebih pakar boleh bantu beliau dalam mudah.my (terima kasih mudah.my) akhirnya beliau berjumpa dengan iklan kami mengenai kepakaran membaiki skrin laptop dan terus beliau call kami tanpa ada rasa ragu-ragu meminta untuk kami bantu repair skrin tablet tersebut.

Kami pun begitu teruja dan gembira walaupun kami tidak membuat servis untuk membaiki skrin sesentuh ini, namun kami berusaha mengambil inisiatif mencari stok di seluruh Malaysia kerana kami percaya kami boleh membantu beliau.

Setelah berminggu-minggu mencari, kami tidak berhasil juga menemui skrin untuk tablet ini. Oleh itu, kami terpaksa membuat special order daripada luar negara khas untuk model tablet ini. 

Kesabaran tuan tablet ini amat kami hargai dan kami amat gembira kerana dapat membantu beliau untuk membaiki skrin sesentuh tablet beliau kepada yang baru. 

Jika ada sesiapa saudara, kenalan atau anda sendiri yang terjadi masalah sebegini kami sedia untuk membantu. Call kami sekarang! 


artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah,repair led screen, led creen, ok computer solution, acer iconia tab.


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Saturday 23 June 2012

Masalah dengan Acer Aspire 4736 auto off

Masalah dengan Acer Aspire 4736 auto off



Keluarga Acer Aspire 4736, iaitu 4736Z, 4736G, 4736ZG dikenali dengan satu masalah iaitu bila anda on laptop, sampai je nak loading atau boot windows, ianya akan shut down atau restart dan auto off.
Betul tak?

Punca masalah?

Apakah punca masalah ini? bagi technician technician yang tak berapa kenal dengan masalah acer aspre 4736x ini, diagnosis awal yang akan dikatakan semestinya

Bukan Hard Disk atau RAM masalahnya


1) Rosak Hard Disk
2) Rosak RAM
3) Windows problem kena format balik

Realitinya?

Masalahnya bukannya berpunca dari semua benda di atas, jangan membazir nak tukar hard disk, ram atau format yang konfom dah beratus ratus mahalnya dan still tak elok, mesti hati rasa nak marah kan?

Masalahnya berpunca dari chipset di motherboard yang teroverheat, rentung, terbakar, hangus kerana sudah sekian lama kipas dan heatsink yang  tak dicuci.

Simptom awal bagi kejadian ini tidak dapat dikesan. maka berhati hatilah ya, anda perlu cuci laptop anda
setiap 6 bulan!

heatsink yang tak dicuci macam ini adalah punca segala masalah yang meneyebabkan kerugian besar


Penyelesaian masalah

Kami mempunyai kepakaran dalam membaiki laptop ini menggunakan mesin tukar chipset baru dari luar negara

Kami bukan reheat, reboil, resolder dan sewaktu dengannya, kami tukar chipset baru.

Serahkan kepada yang pakar! jangan serahkan laptop kepada mereka tidak professional, nanti lagi bazir duit nanti.

HUBUNGI SAYA




Testimoni

Tidak perlu cakap banyak lagi, di sini kami hidangkan beberapa acer aspire 4736 yang telah berjaya kami baiki, kalau nak tengok testimoni customer kami sila klik sini.












Di atas adalah antara laptop Acer Aspire 4736 family yang telah berjaya kami baiki.


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.